Páginas vistas en total

Blogger news

Buscar

Tuesday, 19 July 2011

SAINS TINGKATAN 2

1. DUNIA MELALUI DERIA KITA

Takrifan :

Para ahli neurologi tidak sepakat mengenai bilangan deria yang sebenar kerana masing-masing ada pentakrifan berbeza untuk deria. Salah satunya berhujah bahawa deria eksteroseptif (luaran) itu adalah daya pencerapan perangsang luaran.[1] Lima deria (pancaindera) tradisional, menurut Aristotle, merangkumi deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, hidu, dan rasa.[2] 

Manusia juga dipercayai ada deria tambahan seperti berikut: kesakitan, pengimbangan, propriosepsi (kesedaran tentang postur, pergerakan dan perubahan keseimbangan tubuh badan yang dibawa oleh gerakan dan aktiviti otot[3]) & kinestesia (pergerakan dan pemencutan sendi), ketepatan masa, termosepsi (penentuan suhu), dan mungkin juga magnetosepsi (penentuan arah) yang lemah[4], tidak lupa juga jika diambil kira deria-deria interoseptif (dalaman).

Secara amnya, deria boleh ditakrifkan sebagai "sistem yang terdiri daripada sekelompok sel-sel penerima yang membalas fenomena fizikal yang tertentu, dan berpadanan dengan kawasan tertentu dalam otak di mana isyaratnya ditrima lalu ditafsirkan." Pertikaian bilangan deria timbul kerana pengelasan pelbagai jenis sel dan pemetaannya mengikut bahagian-bahagian dalam otak.

Deria-deria

Penglihatan

Penglihatan ialah keupayaan otak dan mata mengesan gelombang elektromagnet dalam julat nampak (cahaya) iaitu kita mentafsir imej sebagai "pemandangan." Para ahli neuroanatomi menganggap penglihatan itu adalah dua deria, kerana saraf penerima yang berbeza berfungsi menjadikan persepsi warna (kekerapan foton cahaya) dan kecerahan (amplitud/keamatan - bilangan foton cahaya). Seseorang yang kecacatan penglihatan adalah buta.

Pendengaran

Pendengaran ialah deria pencerapan bunyi. Memandangkan bunyi itu ialah getaran yang merambat melalui bahantara seperti udara, maka pengesanan getaran berkenaan, iaitu deria pendengaran, ialah deria mekanikal seperti deria sentuh. Dalam tubuh manusia, pencerapan ini dicetuskan oleh gnetian rambut yang halus dalam telinga yang mengesan pergerakan membran yang bergetar untuk membalas perubahan dalam tekanan dari zarah-zarah atmosfera dalam julat 20 hingga 22000 Hertz[perlu rujukan], with substantial variation between individuals. Sound can also be detected as vibrations conducted through the body by tactition. Lower and higher frequencies than that can be heard are detected this way only. The inability to hear is called deafness.

Rasa


Deria rasa ialah salah satu dari dua deria "kimia". Terdapat sekurang-kurangnya empat jenis rasa[5] yang boleh dikesan saraf penerima dalam lidah, iaitu manis, masam, masin dan pahit, tetapi pada tahun 2000 disahkan jenis rasa kelima iaitu umami (gurih, dikesan glutamat asid amino yang terdapat dlaam daging dan perasa tiruan seperti MSG) yang pernah diusulkan seawal tahun 1908[6]. Masalah kecacatan deria rasa diberi istilah ageusia.

Bau

Pembauan atau deria hidu ialah deria kimia yang satu lagi. Untuk deria rasa, terdapat ratusan saraf penerima bau, setiap satunya bergabung dengan sifat molekul yang tertentu. Molekul bau mempunyi pelbagai sifat yang boleh merangsang saraf penerima yang berpadanan. Gabungan isyarat perangsang dari saraf penerima berbeza membentuk persepsi kita terhadap bau molekul berkenaan. Dalam otak, pembauan diproses oleh sistem olfaktori. Neuron menerima olfaktori dalam hidung bebrza dari neuron-neuron lain iaitu mati dan tumbuh semula secara kerap. Kecacatan deria hidu digelar anosmia. Sesetengah neuron dalam hidung dikhususkan untuk mengesan feromon (Bahan yang dirembeskan oleh sesuatu haiwan dalam kuantiti yang kecil yang boleh menyebabkan tindak balas pembiakan, perkembangan atau tabiat tertentu oleh haiwan berdekatan yang sama spesies dengannya.[7])

Perimbangan dan pemecutan

Perimbangan ialah deria yang membolehkan oragnisma mencerap pergerakan badan, arah, dan pemecutan, serta mencapai dan mengekalkan keseimbangan badan. Organ perimbangan ialah sistem is the labirin vestibul yang terdapat dalam kedua-dua belah telinga dalam. Sebenarnya, organ ini berfungsi menghidupkan dua deria, iaitu momentum sudut dan pecutan linear (yang juga mengesan graviti), kedua-duanya sekali dikenali sebagai "ekuilibriosepsi."
Saraf vestibul menyalurkan maklumat dari tiga salur separuh bulat yang berpadanan dengan tiga satah ruang, utrikel, dan sakul. Ampula atau bahagian tapak setiap salur separuh bulat tersebut mengandungi struktur yang dipanggil krista yang melengkung mengikut momentum sudut atau pemusingan. Sakul dan utrikul sebagai "organ otolit" pula mengesan pecutan linear dan graviti. Otolit ialah hablur kalsium karbonat kecil yang menyalurkan inersia yang diperlukan untuk mengesan perubahan dalam pecutan atau graviti.

Suhu

Termosepsi ialah deria haba oleh kulit termasuk saluran dalam kulit. Termoseptor (saraf penerima haba) dalam kulit agak berbeza dari termoseptor homeostatik dalam otak (hipotalamus) yang menyalurkan maklumbalas mengenai suhu dalam badan.

Kinestesia

Propriosepsi atau deria kinestetik menyumbangkan maklumat mengenai kedudukan relatif anggota badan kepada korteks parietal otak. Pakar neurologi menguji deria ini dengan menyuruh pesakitnya menutup mata dan menyentuhkan hujung jari pada hidung. Dengan menganggap propriosepsi berfungsi dengan betul, pesakit itu akan hilang kesedaran mengenai kedudukan tangannya serta-merta, sungguhpun tidak dikesan oleh mana-mana deria lain. Kaitan propriosepsi dan deria sentuh tidak ketara, dan sekiranya kedua-duanya mengalami masalah maka timbulnya pengurangan persepsi dan tindakan yang mendadak. [8]

Kesakitan

Nosisepsi (kesakitan fisiologi) menandakan kerosakan tisu. Tiga jenis penerima kesakitan ialah kutaneus (kulit), somatik (sendi dan tulang) dan viser (organ badan). Adalah dipercayai bahawa keskitan itu sekadar pelebihan penerima tekanan, namun kaji selidik pada separuh pertama abad ke-20 menunjukkan bahawa kesakitan adalah fenomena berbeza yang berkait rapat dengan kesemua deria lain, termasuk sentuhan. Deria kesakitan pernah dianggap sebagai pengalaman yang teramat subjektif (mengikut perasaan individu), tetapi kajian terkini membuktikan bahawa dirakam dalam bahagian girus singulat anterior dalam otak.[9]

Sumber : Wikipedia


Lima deria manusia



Sunday, 8 May 2011

Salam Semua

Salam,semua...blog cikgu surizan kembali lagi