Páginas vistas en total

Blogger news

Buscar

Sunday, 2 September 2012

Kitaran Air dan Kitaran Nitrogen Ting. 5

Kitaran air



Kitaran air
Kitaran air ataupun kitaran hidrologi merupakan sains air, kajian tentang air di Bumi, kewujudan, kitaran atau taburannya. Ia merujuk kepada pergerakan air yang berterusan sama ada di atas atau di bawah permukaan Bumi iaitu seperti permukaan laut ke udara atau balik semula ke darat atau laut.

Kitaran hidrologi membolehkan manusia memahami kewujudan air atau pengurusannya. Pusingan air secara berterusan ini menunjukkan bagaimana sungai atau cawangan-cawangannya mendapat air. Tiada titik permulaan atau pengakhiran kitaran ini, kerana jumlah air di Bumi sentiasa sama, cuma bentuknya yang berubah.

 

Kitaran Nitrogen

Proses pendenitritan merujuk kepada penukaran nitrat dan nitrit kepada gas nitrogen 
tanpa kehadiran oksigen dalam keadaan anoxic (tanpa oksigen). Ini berbeza dengan 
proses penitritan di mana dalam keadaan anaerobik, ammonia dioksidakan kepada 
nitrit dan seterusnya kepada nitrat. Kedua-dua proses ini merupakan sebahagian 
dari kitaran nitrogen.

Proses ini merupakan langkah kedua dalam kebanyakan proses menghilangkan 
nitrogen dalam kumbahan dan air buangan.


0 comments:

Post a Comment